Profile

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
For more information call: 017-3820710(Atira). or Message on our FB kakjfamilybusiness.

24 January 2013

Tips sunnah Rasulullah ketika makan.

Salam Maulidur Rasul 12 Rabiulawal 1434 Hijrah.


Ketinggian akhlak dan perbuatan Rasulullah tidak perlu dipertikaikan lagi kerana baginda sering dijadikan contoh dan insan terbaik bagi diikuti dalam segala perlakuan dan tindakan. Malah, segala bentuk amalan, perbuatan serta tingkah laku baginda menjadi sunnah yang perlu dicontohi dan dipraktikkan oleh umat Islam.

Oleh itu, berikut adalah beberapa sunnah Rasulullah s.a.w ketika makan untuk perkongsian bersama.


1) Membaca bismillah dan doa makan.

2) Makan menggunakan tangan kanan.
Kajian membuktikan bahawa pada tangan dan jari kita mempunyai enzim yang diyakini berguna untuk memudahkan proses pencernaan makanan.

3) Mengambil makanan yang berhampiran terlebih dahulu.
"wahai budak! Hendaklah kamu membaca Bismillah, makan dengan tangan kananmu dan ambillah makanan yang berhampiran terlebih dahulu." (Petikan Muslim).

4) Mengambil suapan yang terjatuh, menyapunya dan memakan semula.
"Apabila makanan yang disuapkan terjatuh, maka hendaklah kamu ambil semula dan buangkan kekotoran yang ada padanya kemudian hendaklah kamu makan." (Petikan Muslim).

5) Duduk ketika makan.
Baginda duduk diatas kedua lututnya dan belakang kakinya (seperti dududk tahiyat awal) atau menegakkan kaki kanan dan duduk diatas kaki kiri.

6) Menjilat sisa makanan.
Selepas makan Rasulullah akan menjilat sisa makanan yang  terdapat pada pinggan dan jari. Sabda Rasulullah S.A.W: "Sesungguhnya kamu tidak mengetahui di manakah terdaptnya keberkatan pada makanan kamu."

7) Memuji Allah.
Sesungguhnya kita sebagai manusia harus mensyukuri nikmat rezeki yang dikurniakan oleh Nya. "Sesungguhnya Allah meredai seseorang hamba yang memakan makanan dan memujiNya kerana makanan itu." (Petikan Muslim)

Rasulullah S.AW pernah bersabda: "Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersama ku."

Semoga kita akan mendapat keberkatan hidup dan pahala berlipat ganda apabila mengikut sunnah baginda.

No comments:

Post a Comment