Pada post ini, kami ingin berkongsi dengan anda tentang Kak_J FamilyBusiness kerana mungkin ada diantara anda tidak mengenali atau tidak pernah mendengar nama ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.
![]() |
| Our owner |
Siapa KakJ ??
KakJ merupakan pekerja penjawat awam. Beliau sering dipanggil dengan panggilan KakJ sebagai nama singkatan oleh rakan-rakan yang mengenalinya. Beliau berasal dari Johor dan menetap diKuala Lumpur.KakJ sering mendapat tempahan makanan daripada rakan-rakannya dan mempunyai pengalaman hampir 10 tahun dalam bidang ini. Tetapi tempahan yang diambil hanya terhad pada masa terluang kerana mempunyai komitmen tetap pada kerjaya.
![]() |
| Our business logo |
Bila Kak_J FamilyBusiness ni ditubuhkan ??
Kak_J FamilyBusiness ditubuhkan secara rasminya pada tahun 2013. Diberi nama Kak_J FamilyBusiness kerana beberapa skop perniagaan akan dijalan dibawah nama ini. Sebelum ini kami dikenali sebagai Kak_J Catering dan hanya mengambil tempahan secara terhad disebabkan tidak mempunyai masa mencukupi dan tidak dapat menumpukan 100% komitmen dalam perniagaan ini.
Namun bermulanya tahun 2013 ,ini kami memulakan azam baru untuk mengukuh tapak dalam dunia perniagaan setelah yakin dapat memberikan fokus sepenuhnya dan atas pemintaan rakan-rakannya Kak_J FamilyBusiness diperkenalkan kepada umum.
![]() |
| Our cover |
Apa konsep perniagaan Kak_J FamilyBusiness ni??
Untuk pengetahuan anda, berbekalkan moto "cita rasa anda keutamaan kami". Kak_J FamilyBusiness menjalankan perkhidmatan katering serta menerima tempahan makanan untuk majlis perkahwinan, keraian, jamuan dan lain-lain lagi. InsyaaAllah pada masa terdekat juga, kami menjual produk bakeri seperti kek, cookies, cup cake dan lain-lain. Selain menerima tempahan, InsyaaAllah pihak kami juga akan berkongsi Resepi dan Tips-tips berguna dalam kehidupan seharian anda untuk diamalkan bersama.
Apa kelebihan perkhidmatan Kak_J FamilyBusiness ni??
Pihak kami sentiasa mengutamakan cita rasa pelanggan yang membuat tempahan. Anda bebas memilih menu yang dikehendaki serta boleh berunding harga dengan pihak kami mengikut kemampuan anda. Kami juga akan melakukan promosi tempahan dengan harga "rendah dan berpatutan". Selain itu, makanan yang kami sediakan dijamin besih, suci, berkualiti dan enak rasanya.
Lokasi perniagaan kami ??
Untuk permulaan kami hanya menggunakan laman sesawang sebagai perantaraan utama perniagaan kami. Lokasi kami terletak di Taman Keramat. Pihak kami hanya menerima tempahan dari Kuala Lumpur, Keramat au, Ampang dan Gombak.
Cara menghubungi ??
Anda boleh menghubungi kami ditalian : 017-2647018 (kakJ) & 017-3820710 (atira). Email : kak_jfamilybusiness@yahoo.com atau melawati Facebook page kami : kak J
Terima Kasih :)




No comments:
Post a Comment