Profile

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
For more information call: 017-3820710(Atira). or Message on our FB kakjfamilybusiness.

17 January 2013

Tips menambah pahala dalam masakan.

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Disini ada beberapa tips berguna untuk anda, bagaimana caranya untuk menyediakan masakan yang enak lagi lazat. Semoga kita memanfaatkan ilmu ini untuk kegunaan bersama.



Wah.. pastinya membuka selera anda..

1) Menggunakan bahan-bahan yang suci.
Macam mana cara nak sucikan bahan masakan?? Mesti ada yang tertanya-tanyakan. Caranya adalah dengan membasuh bahan masakan kita seperti ikan, ayam dan sayur-sayuran dengan air yang bersih. Kemudian lalukan dibawah air yang mengalir dan disertakan dengan selawat keatas Nabi supaya ianya suci. Memakan bahan masakan yang suci dapat memberikan kita keberkatan dan kekuatan dari segi rohani.

2) Berselawat dan zikir ketika masak.
Mulakan acara memasak anda dengan "Bismillah" agar mendapat ganjaran pahala diatas apa yang kita lakukan. Kemudian semasa memasak sentiasa berselawat dan berzikir "Subhanallah", "Ya Latif". Orang yang menikmati masakan kita akan mendapat keredhaan Allah.

3) Memasak dengan hati ikhlas.
Apabila bila kita memasak dengan ikhlas InsyaaAllah mereka yang menikmati dapat merasai kasih sayang kita dalam hidangan tersebut. Dan tentulah rasa masakan kita lebih sedap apabila ditambah dengan perencah kasih sayang dalam hidangan tersebut. Kita juga mendapat ganjaran pahala apabila memberi makan kepada orang lain.


InsyaaAllah... dengan mengamaikan 3 cara mudah menambah pahala dalam masakan ini kita mendapat keberkatan dalam kehidupan, kekuatan rohani yang jitu dan yang penting ganjaran pahala didunia.



Sama-samalah kita kongsikannya :)


No comments:

Post a Comment