Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Resepi "Cucur Bilis Ranggup" untuk anda cuba.
Merupakan resepi kegemaran kami sekeluarga untuk minum petang. Sangat menyelerakan dimakan ketika panas sambil menikmati secawan teh' o. Tidak jemu makan walaupun dimasak setiap minggu.
Bahan-bahan:
-2 cup Tepun gandum
-1 gengam Ikan bilis
-1 s/besar Baking powder
-2 ulas Bawang besar (dihiris)
-1 batang Cili merah (option)
-1/2 batang Lobak merah (dihiris nipis panjang2)
-garam dan perasa (option)
-air secukupnya
Cara-cara :
1)Masukkan tepung gandum, ikan bilis, baking powder dan bahan-bahan yang telah dihiris kedalam mangkuk.
2)Bancuh dengan air suam secukupnya sehingga adunan sebati dan tidak berketul seperti gambar diatas. (kalau guna air biasa pun boleh.)
3)Perasakan dan pastikan minyak betul-betul panas sebelum menyudukan adunan kedalam kuali.
4)Masak dengan menggunakan api sederhana besar sehingga cucur bertukar warna kekuningan dan kelihatan ranggup.
Peringatan: Pastikan minyak untuk menggoreng betul-betul panas sebelum sudukan adunan untuk memdapatkan cucur yang ranggup diluar dan lembut didalam.
Rupa adunan yang telah siap dibancuh.
Anda juga boleh mempelbagaikan resepi ini dengan menggantikan ikan bilis dengan udang dan menambah sayur-sayuran lain mengikut kesukaan anda.
Hidangan ini sesuai untuk kanak-anak kerana mengandunggi lobak merah. Boleh mencuba juga kepada kanak-anak yang tidak makan sayur kerana tidak terasa sangat lobak merah apabila dimakan. Sedap dimakan bersama sos atau dimakan begitu saja terutama ketika panas.
Sangat mudah dan senang untuk disediakan. Malah, sesuai untuk dijadikan menu minum petang untuk dinikmati bersama keluarga dan anak.
Terima Kasih.
Terima Kasih.
Selamat mencuba :)






No comments:
Post a Comment