Profile

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
For more information call: 017-3820710(Atira). or Message on our FB kakjfamilybusiness.

23 March 2013

Numeric Cake (Kek nombor)

Assalamualaikum & salam sejahtera,


Just want to share a good news to our beloved blog visitors and customers. Numeric cake available to order Now.

Berat kek: 2kg++
Harga bermula dari RM90.

Jom tengok sample kek berbentuk nombor dibawah ini. :)






*Peringatan: Jenis kek, krim dan decoration dibuat mengikut pemintaan pelanggan.



Jika anda berminat untuk membuat tempahan boleh SMS atau PM fb kami.


Terima Kasih :)

Kek Barbie Dolls

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

"Promosi Kek Barbie Dolls"


 Only RM130 / cake (save RM20)
Until 10 APRIL 2013

Promosi ini sebagai pemulaan perniagaan kami,

Kek: sponge cake
Cream: Butter cream
Berat: 2 kg ++





Memang jimat dan sangat berbaloi. Tempahan dibuka untuk area K.L sahaja.


Terima kasih :)

Kek Kahwin

Assalamualikum dan salam sejahtera,


Minggu lepas ada pelanggan menempah Kek kahwin 3 tingkat dari kami. Warna tema yang dipilih ialah ungu kuning. 

Jenis cake: Sponge vanilla & coklat.
Cream: Butter cream

Ini kek atas sekali saiz 8 inci

Ini kek tengah saiz 10 inci

Ini kek bawah sekali saiz 12 ini

Harga yang kami tawarkan adalah bermula dari RM300 (3 tingkat). 
Size 12,10 & 8 inci.

Jika berminat untuk membuat tempahan boleh hubungi kami.

Terima kasih.

07 February 2013

Tempahan makanan

Assalamualaikum dan salam sejahtara,

"Promosi Harga Berpatutan"


Tempahan makanan telah dibuka buat anda semua bermulanya bulan Februari ini. Nantikan "promosi-promosi" dan update terkini menu tempahan mankanan dari pihak kami dengan harga yang dijamin "berpatutan".


Bersesuaian untuk majlis jamuan pejabat, keraian, rumah terbuka dan sebagainya.



Contoh menu Promosi Harga Berpatutan.

Murah dan bebaloi !!!

Harga perseorangan atau per pack.

 "Kualiti yang dijamin memenuhi selera anda"











Perhatian :
  • Pihak kami hanya menerima tempahan untuk 50 pack dan keatas sahaja.
  • Penghantaran percuma disekitar Kuala Lumpur. (pada hari kami kekosongan.)
  • Tempahan mestilah dilakukan sekurang-kurangnya 3 hari sebelum tarikh majlis untuk memudahkan pihak kami memberi kata putus.
  • Bayaran deposite RM50 untuk persetujuan dan fullpayment sehari sebelum tarik tempahan.
  • Harga bolehh dirunding jika anda membuat tempahan lebih 100++ pack.
  • Tempahan menu lain yang tiada dalam senarai juga diterima.



Jom tempah sekarang!!!

Perencah mee bandung muar


Assalamualaikum dan salam sejahtera,



Promosi "PERENCAH MEE BANDUNG MUAR" asli

Dapatkan dengan harga promosi !!!
RM45.00/5pack 
(with free delivery)

  • Dihasilkan dari bahan berkualiti menggunakan udang kering gred A yang berharga RM40.00++ per kg. 
  • Rasa asli mee bandung muar. 
  • Merupakan resepi turun temurun keluarga kami.
  • Boleh bertahan sehingga setahun jika menyimpan dipeti sejuk.


Antara bahan-bahan yang digunakan ialah cili kering, bawang merah, bawang putih, dan udang kering. 


RM10.00/pack
Berat: 200g










Untuk tempahan hubungi: 017-2637018 (Kak J) atau inbox di FB Page kami: KakJ Family Business Page.


Dapatkan sekarang!!!

29 January 2013

Resepi cucur bilis ranggup


Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Resepi "Cucur Bilis Ranggup" untuk anda cuba. 

Merupakan resepi kegemaran kami sekeluarga untuk minum petang. Sangat menyelerakan dimakan ketika panas sambil menikmati secawan teh' o. Tidak jemu makan walaupun dimasak setiap minggu. 


Bahan-bahan:

-2 cup           Tepun gandum
-1 gengam    Ikan bilis
-1 s/besar     Baking powder 
-2 ulas          Bawang besar (dihiris)
-1 batang      Cili merah (option)
-1/2 batang   Lobak merah (dihiris nipis panjang2)
-garam dan perasa (option)
-air secukupnya


Cara-cara :

1)Masukkan tepung gandum, ikan bilis, baking powder dan bahan-bahan yang telah dihiris kedalam mangkuk.
2)Bancuh dengan air suam secukupnya sehingga adunan sebati dan tidak  berketul seperti gambar diatas. (kalau guna air biasa pun boleh.)
3)Perasakan dan pastikan minyak betul-betul panas sebelum menyudukan adunan kedalam kuali.
4)Masak dengan menggunakan api sederhana besar sehingga cucur bertukar warna kekuningan dan kelihatan ranggup.

Peringatan: Pastikan minyak untuk menggoreng betul-betul panas sebelum sudukan adunan untuk memdapatkan cucur yang ranggup diluar dan lembut didalam.


Rupa adunan yang telah siap dibancuh.




Anda juga boleh mempelbagaikan resepi ini dengan menggantikan ikan bilis dengan udang dan menambah sayur-sayuran lain mengikut kesukaan anda.



Hidangan ini sesuai untuk kanak-anak kerana mengandunggi lobak merah. Boleh mencuba juga kepada kanak-anak yang tidak makan sayur kerana tidak terasa sangat lobak merah apabila dimakan. Sedap dimakan bersama sos atau dimakan begitu saja terutama ketika panas.



Sangat mudah dan senang untuk disediakan. Malah, sesuai untuk dijadikan menu minum petang untuk dinikmati bersama keluarga dan anak. 

Terima Kasih.



Selamat mencuba :)

24 January 2013

Tips sunnah Rasulullah ketika makan.

Salam Maulidur Rasul 12 Rabiulawal 1434 Hijrah.


Ketinggian akhlak dan perbuatan Rasulullah tidak perlu dipertikaikan lagi kerana baginda sering dijadikan contoh dan insan terbaik bagi diikuti dalam segala perlakuan dan tindakan. Malah, segala bentuk amalan, perbuatan serta tingkah laku baginda menjadi sunnah yang perlu dicontohi dan dipraktikkan oleh umat Islam.

Oleh itu, berikut adalah beberapa sunnah Rasulullah s.a.w ketika makan untuk perkongsian bersama.


1) Membaca bismillah dan doa makan.

2) Makan menggunakan tangan kanan.
Kajian membuktikan bahawa pada tangan dan jari kita mempunyai enzim yang diyakini berguna untuk memudahkan proses pencernaan makanan.

3) Mengambil makanan yang berhampiran terlebih dahulu.
"wahai budak! Hendaklah kamu membaca Bismillah, makan dengan tangan kananmu dan ambillah makanan yang berhampiran terlebih dahulu." (Petikan Muslim).

4) Mengambil suapan yang terjatuh, menyapunya dan memakan semula.
"Apabila makanan yang disuapkan terjatuh, maka hendaklah kamu ambil semula dan buangkan kekotoran yang ada padanya kemudian hendaklah kamu makan." (Petikan Muslim).

5) Duduk ketika makan.
Baginda duduk diatas kedua lututnya dan belakang kakinya (seperti dududk tahiyat awal) atau menegakkan kaki kanan dan duduk diatas kaki kiri.

6) Menjilat sisa makanan.
Selepas makan Rasulullah akan menjilat sisa makanan yang  terdapat pada pinggan dan jari. Sabda Rasulullah S.A.W: "Sesungguhnya kamu tidak mengetahui di manakah terdaptnya keberkatan pada makanan kamu."

7) Memuji Allah.
Sesungguhnya kita sebagai manusia harus mensyukuri nikmat rezeki yang dikurniakan oleh Nya. "Sesungguhnya Allah meredai seseorang hamba yang memakan makanan dan memujiNya kerana makanan itu." (Petikan Muslim)

Rasulullah S.AW pernah bersabda: "Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersama ku."

Semoga kita akan mendapat keberkatan hidup dan pahala berlipat ganda apabila mengikut sunnah baginda.

17 January 2013

Tips menambah pahala dalam masakan.

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Disini ada beberapa tips berguna untuk anda, bagaimana caranya untuk menyediakan masakan yang enak lagi lazat. Semoga kita memanfaatkan ilmu ini untuk kegunaan bersama.



Wah.. pastinya membuka selera anda..

1) Menggunakan bahan-bahan yang suci.
Macam mana cara nak sucikan bahan masakan?? Mesti ada yang tertanya-tanyakan. Caranya adalah dengan membasuh bahan masakan kita seperti ikan, ayam dan sayur-sayuran dengan air yang bersih. Kemudian lalukan dibawah air yang mengalir dan disertakan dengan selawat keatas Nabi supaya ianya suci. Memakan bahan masakan yang suci dapat memberikan kita keberkatan dan kekuatan dari segi rohani.

2) Berselawat dan zikir ketika masak.
Mulakan acara memasak anda dengan "Bismillah" agar mendapat ganjaran pahala diatas apa yang kita lakukan. Kemudian semasa memasak sentiasa berselawat dan berzikir "Subhanallah", "Ya Latif". Orang yang menikmati masakan kita akan mendapat keredhaan Allah.

3) Memasak dengan hati ikhlas.
Apabila bila kita memasak dengan ikhlas InsyaaAllah mereka yang menikmati dapat merasai kasih sayang kita dalam hidangan tersebut. Dan tentulah rasa masakan kita lebih sedap apabila ditambah dengan perencah kasih sayang dalam hidangan tersebut. Kita juga mendapat ganjaran pahala apabila memberi makan kepada orang lain.


InsyaaAllah... dengan mengamaikan 3 cara mudah menambah pahala dalam masakan ini kita mendapat keberkatan dalam kehidupan, kekuatan rohani yang jitu dan yang penting ganjaran pahala didunia.



Sama-samalah kita kongsikannya :)


16 January 2013

Kak_J FamilyBusiness

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Pada post ini, kami ingin berkongsi dengan anda tentang Kak_J FamilyBusiness kerana mungkin ada diantara anda tidak mengenali atau tidak pernah mendengar nama ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

Our owner

Siapa KakJ ??
KakJ merupakan pekerja penjawat awam. Beliau sering dipanggil dengan panggilan KakJ sebagai nama singkatan oleh rakan-rakan yang mengenalinya. Beliau berasal dari Johor dan menetap diKuala Lumpur.KakJ sering mendapat tempahan makanan daripada rakan-rakannya dan mempunyai pengalaman hampir 10 tahun dalam bidang ini. Tetapi tempahan yang diambil hanya terhad pada masa terluang kerana mempunyai komitmen tetap pada kerjaya.


Our business logo
Bila Kak_J FamilyBusiness ni ditubuhkan ??
Kak_J FamilyBusiness ditubuhkan secara rasminya pada tahun 2013. Diberi nama Kak_J FamilyBusiness kerana beberapa skop perniagaan akan dijalan dibawah nama ini. Sebelum ini kami dikenali sebagai Kak_J Catering dan hanya mengambil tempahan secara terhad disebabkan tidak mempunyai masa mencukupi dan tidak dapat menumpukan 100% komitmen dalam perniagaan ini. 
Namun bermulanya tahun 2013 ,ini kami memulakan azam baru untuk mengukuh tapak dalam dunia perniagaan setelah yakin dapat memberikan fokus sepenuhnya dan atas pemintaan rakan-rakannya Kak_J FamilyBusiness diperkenalkan kepada umum.

Our cover
Apa konsep perniagaan Kak_J FamilyBusiness ni??
Untuk pengetahuan anda, berbekalkan moto "cita rasa anda keutamaan kami". Kak_J FamilyBusiness menjalankan perkhidmatan katering serta menerima tempahan makanan untuk majlis perkahwinan, keraian, jamuan dan lain-lain lagi. InsyaaAllah pada masa terdekat juga, kami menjual produk bakeri seperti kek, cookies, cup cake dan lain-lain. Selain menerima tempahan, InsyaaAllah pihak kami juga akan berkongsi Resepi dan Tips-tips berguna dalam kehidupan seharian anda untuk diamalkan bersama.

Apa kelebihan perkhidmatan Kak_J FamilyBusiness ni??
Pihak kami sentiasa mengutamakan cita rasa pelanggan yang membuat tempahan. Anda bebas memilih menu yang dikehendaki serta boleh berunding harga dengan pihak kami mengikut kemampuan anda. Kami juga akan melakukan promosi tempahan dengan harga "rendah dan berpatutan". Selain itu, makanan yang kami sediakan dijamin besih, suci, berkualiti dan enak rasanya. 

Lokasi perniagaan kami ??
Untuk permulaan kami hanya menggunakan laman sesawang sebagai perantaraan utama perniagaan kami. Lokasi kami terletak di Taman Keramat. Pihak kami hanya menerima tempahan dari Kuala Lumpur, Keramat au, Ampang dan Gombak.

Cara menghubungi ??
Anda boleh menghubungi kami ditalian : 017-2647018 (kakJ) & 017-3820710 (atira). Email : kak_jfamilybusiness@yahoo.com atau melawati Facebook page kami : kak J 

Diharapkan anda dapat bersama menyokong dan menempah perkhidmatan kami.


 Terima Kasih :)